Konsep Penarafan di dalam Ekosistem Keselamatan Jalan Raya – Memacu Pendidikan Kepenggunaan
Abstract
Tahap Keselamatan Jalan Raya (KJR) di Malaysia jika dibandingkan di peringkat global berada di kedudukan tidak baik kerana kegagalan mengawal risiko yang menyebabkan banyak kematian akibat nahas. Namun begitu, usaha untuk menambahbaik ekosistem KJR pula adalah tidak mudah kerana ianya memerlukan komitmen banyak pihak dan kurangnya sokongan daripada pengguna sendiri. Antara kaedah yang ampuh untuk membetulkan ekosistem ialah melalui program penarafan di mana ianya dapat mengatasi “halangan” tertentu baik di peringkat pihak berkuasa mahu pun di peringkat perniagaan (produk dan perkhidmatan). Artikel ini menelusuri strategi program penarafan khasnya di dalam ekosistem KJR yang juga dianggap sebagai platform penting untuk mendidik kepenggunaan di kalangan pengguna.