Program Sokongan Keselamatan Perjalanan (CSSP) – Suatu Usaha Sama untuk Pendidikan Pemandu Berterusan

  • N K Alias, I Othman, N Othman, H Bakar, Z H Zulkipli, Z M Jawi & K A Abu Kassim
Keywords: Commuting Safety Support Program (CSSP), PERKESO, pendidikan pemandu

Abstract

Cabaran utama Malaysia mendepani isu keselamatan jalan raya adalah kumpulan pengguna motosikal. Untuk sektor keselamatan perjalanan pula, motosikal juga merupakan masalah utama yang menyumbang kepada peningkatan tuntutan di kalangan pekerja yang mencarum. Justeru, satu usaha sama di antara PERKESO dan MIROS telah terjalin untuk melaksanakan program yang dinamakan sebagai Commuting Safety Support Program (CSSP). Program ini terus mendekati golongan pekerja secara terus yang mana pihak pengurusan juga turut dilibatkan. CSSP dibina berdasarkan dokumen SIRIM 4:2014 dan MS ISO 39001:2013 yang diterapkan ke dalam modul-modul mengikut elemen Manusia/Tingkah Laku, Kenderaan dan Persekitaran/Jalan Raya. Aktiviti CSSP terganggu akibat pandemik COVID-19 pada tahun 2020; namun, hasil daripada usaha tiga tahun sebelumnya adalah positif seperti penurunan kadar kemalangan serta para peserta yang berpuas hati dengan program yang disertai mereka.

Published
2021-10-11